Hari
*M*E*R*D*E*K*A*
ATAU
Hari
Kebangsaan?
That’s the question!
Baru baru ini ada seorang tetamu choratchoret memaparkan persoalan, menanyakan perdapat saya yang mana satu yang saya fikir lebih ideal untuk kita namakan hari ulangtahun yang penting dalam sejarah Malaysia – 31 Ogos.
Saya bukanlah pakar dalam bidang ini. Malah saya tak empunya “authority” untuk membahaskan soal sebegini.
Namun jika diberi pilihan, saya suka sekiranya 31hb Ogos dinamakan Hari MERDEKA, bukan Hari KEBANGSAAN.
“Hari Kebangsaan” pada pendapat saya tidak membawa erti yang mendalam. Mungkin saya ini seorang yang kurang membaca, tapi tak pernah pun saya jumpa apakah makna Hari Kebangsaan. Jika ada sesiapa di antara kita yang terbaca, sila lah kongsikan bersama.
Bagi saya perkataan MERDEKA itu dalam maknanya. Tak perlu diungkai secara terperinci pun kita mampu faham akan maksud perkataan tersebut.
>C*O*N*T*O*H*N*Y*A<
Hamba yang bebas – maksud nya MERDEKA.
Waktu di bangku persekolahan, selepas kertas ujian terakhir, kita MERDEKA.
Setiap kali perkataan MERDEKA disebut, terbayang-bayang sedutan filem Bapa Kemerdekaan dengan penuh semangat melaungkan MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA.
Ada rasa semangat. Ada rasa semangat kebebasan dari belenggu penjajahan.
Namun, nama apa yang kita pilih sekali pun, memang penting. Tapi bagi saya lebih penting kita faham ertikata kemerdekaan yang sebenarnya.
Kita sudah MERDEKA lebih dari 50 tahun. Kita MERDEKA dari belenggu penjajahan BRITISH.
Adakah ini bermakna kita benar benar MERDEKA dari segala aspek kehidupan kita?
Kalau kita nak berbincang soal (contohnya) seksualiti (bukan mempromosi seksualiti tertentu, tapi hanya berbincang untuk mencari kebenaran) - pun susah, MERDEKA ape ke jadah nya namanya tu?
Mungkin kita masih lagi dibelenggu oleh penjajahan minda yang wujud dalam berbagai bentuk yang datang daripada berbagai sudut, dari dalam dan luar negara – dari dalam dan luar diri sendiri?
MUNGKIN?
No comments:
Post a Comment